Ya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui
Ku mohon agar diperkuatkan hatiku menerima segala takdirMu untuk diriku
Kerana ku tidak tahu yang mana terbaik buat diriku melainkan hanya di atas pengetahuan Mu Ya Allah
Tiadalah dayaku walau sekumit untuk melalui segala ketetapan Mu melainkan di atas izin Mu Ya Allah
Kerana telah Kau aturkan segala yang terjadi ini, tiadalah sia-sia melainkan hikmah yang tersembunyi
Andai tiada jodoh, kuatkan hatiku untuk terus menuju ke jalan Mu Ya Allah
Berikan kebahagiaan buat dirinya, kurniakan keredhaan di dalam hatiku, moga akan bertemu kami di Syurga Mu Ya Allah
Moga ilmu yang sejemput ini mampu di olah demi kebaikan diri kami
Amin Ya Robbal Alaminnn
No comments:
Post a Comment