Saturday, February 7, 2015

Rasa

Orang tak pernah rasa apa yang kita rasa

Kita pun tak pernah tahu apa yang orang rasa

Yang pasti tiap diri diberi ujian

Yang perlu dilalui walau ombak mendatang

Andai saat diri terumbang ambing pun tiada teman

Apakah kesetiaan diukur ketika di puncak awan?

Sayangi diri sendiri

Kenali diri sendiri

Fahami diri sendiri

Tegur diri sendiri

Semuanya sendiri, mengharapkan Allah sentiasa disisi menemani diri ini

Kadang-kadang diri ini keliru, lantas dihukum

Tapi diri ini perlu meletakkan kesalahan atas diri sendiri juga

Kerana Allah yang meletakkan diri dalam keadaan begini

Semuanya atas izin Allah...

Biarlah orang kata aku tiada misi

Kerana hanya aku yang merasa apa yang aku lalui

Ego ku meninggi menongkat langit

Kerana punya pengalaman

Yang aku sudah lalui

Menjadikan aku keras sebegini

Moga Allah sentiasa disisi

No comments:

Post a Comment