Monday, December 26, 2011

Semoga kamu cepat sembuh :)

Assalamualaikum.

Sudah selang seminggu blog ni diceroboh, tapi empunya blog masih tak perasan lagi. Memang terang lagi bersuluh yg blog ini sudah tak dipedulikan lagi. Blog ini akan terus diconteng conteng sampai si empunya blog datang menyerah. 

Dan saat ini ternyata kesihatan kamu terganggu.  Disaat waktu memerlukan kekuatan untuk menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan yg bakal dtg, kamu lemah. Tapi agak misteri sbb kamu boleh tetap main game lg.. barangkali game tu sebagai satu sumber kekuatan mungkin. =.=' 

Kesimpulannya, Sy harap kamu cepat sihat sbb saya tak mahu kamu sakit. Bila kamu sakit sy pun sakit.. ehh tak. sy bosan je nt sbb xde org teman sy bbm.  bye :)

-syu-

Monday, December 19, 2011

Kamu

Assalamualaikum.

Post terakhir sebelum pos ini ialah pada 13 March 2010. Setahun. tidak, lebih dari itu nampaknya. Empunya blog sudah kepenatan jari jemari untuk menaip setelah berhempas pulas menghasilkan 3 karya yg sangat hebat itu barangkali. Tidak mengapa, berikan saja beliau peluang sekali lagi. Dan yg menghasilkan entri ini bukanlah penceroboh, melainkan penceroboh hati pada sekeping hati.

Dan buat kamu, Semoga tabah menghadapi hari hari yang sukar, semoga tidak lupa pada yg esa di saat senang dan gembira, semoga hari hari yg indah itu milik kamu sentiasa. Di sini tetap akan ada yg setia menemani saat susah dan senang. insyaallah :)

-syu-