Wednesday, May 27, 2015

Terlupa password

Lama tidak mengarang kerana terlupa password. Hati ni banyak yang mahu dikata, hanya mampu dapat meluah pada cermin diri.

Sudah bulan lima. Masih begini. Terkadang hilang semangat juang. Tidak ku sangka rapuhnya diri ini. Itulah yang Allah mahu mengajar diri, supaya tidak meletak harapan pada yang bernyawa.

Harap kepada semua yang ku sayang baik-baik sahaja, bahagia selalu dan mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kalau rindu itu yang terlarang, hilangkanlah seperti angin yang meniup sepi.

Dunia ini terlalu laju untuk aku mengejar. Aku kenal diriku, biarlah aku begini, diratah usia kepada dunia. Masa depan di dunia mungkin kelam, harapku hanya akhirat sana. Ampuni dosaku Ya Allah...

Thursday, March 5, 2015

27

Assalamualaikum  w.b.t.

Kini genaplah sudah usia yang rapuh ini. Satu pencapaian usia yang tidak sangka, sudah hampir mencecah 30-an. Pada suatu ketika dulu, pernah membayangkan sewaktu usia ini diriku tidaklah sebegini. Mungkin belum rezeki lagi. Macam-macam yang tiada lagi persiapan diri. Masih tercari-cari diri ini. Dimanakah kamu duhai diri. Kemana menghilang. Usah dirajuk yang terdahulu. Hidup perlu diteruskan.

Mmmmmmmm.....

Moga diri tidak lari dari apa yang perlu dicari.

Aku rindu kamu.

Sungguh.

Hanya Allah Maha Besar tahu segala hikmah.

Syukur alhamdulillah...

Wednesday, February 25, 2015

Selagi bernafas

Nak mengarang pun dah segan-segan sebab abam laici a.k.a rahmat membaca seterusnya mengomen post. Padahal blog ni bersarang lama hanya dikarang bagi melempiaskan suara hati, tidak menyangka menarik minat peminat-peminat di serata dunia.

So kali ni demimu Rahmat yang digelar Laici, akan ku ceritakan sedikit sebanyak ceriteramu yang aku tahu.

Rahmat, wing 1A, retro punya wing. Wing pendek, tapi penuh dengan manusia yang pelbagai karenah. Cendawan goreng menjadi trade mark. Kadang-kadang dulu lepak berborak suka-suka gelak-gelak. Ajak main futsal selalu ditolak. Sekarang beliau dah kahwin ke belum tidak tahu pula, Toker xde beri kabaran perihalmu duhai Laici. Doaku buatmu moga dikurniakan kesihatan dan ketenangan di dunia ini dan akhirat. Ada masa kita lepak.

Ok, dah bosan cerita pasal Laici sebab beliau memang membosankan, tukar pula cerita pasal hati ini. Diri ini kini masih lagi tiada rezeki pekerjaan yang tetap. Tetapi alhamdulillah walau tiada pekerjaan dan wang saku sendiri, rezeki Allah tetap ada untukku. Tidak terlalu terdesak, tidak pulak terlalu bermewah.

Dulu pernah sewaktu bekerja di Petaling Jaya sebagai pembantu akaun selama 3 bulan. Hari-hari yang dilalui penuh dengan pemaksaan diri ini. Seperti robot. Membuat sesuatu yang memaksa diri. Namun ku gagahi jua kerana waktu itu semangat berkobar-kobar untuk kumpul duit dan ingin berkahwin.  Cukup cerita pasal itu setakat ini. Hati dah blur, pemikiran sudah melayang.

InsyaAllah ada ketika akan disambung kemudian.

Patah ranting ambil gam sambungkan,
Patah hati tidak nampak dimata.

Pantun dua kerat.

Sekian.



Thursday, February 12, 2015

Masa depan

Kita hanya mampu merancang dan berusaha

Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan takdir semua

Yang Maha Mengetahui baik dan buruk

Setiap yang terjadi itu tiadalah sia-sia

Melainkan Allah mahu diri ini mengenal akan kuasa-Nya

Aku tidak mampu untuk melawan takdir Allah

Hanya mengikut aliran dan aturan yang telah ditetapkan Allah

Aku kenal diri ini

Namun tidak sepenuhnya

Berharap hanya pada Allah moga sentiasa melindungi aku

Bimbang diri ini terasa betul tetapi salah disisi Allah

Bantu aku Ya Allah

Ambillah hatiku ini Ya Allah

Hati yang penuh dosa meratap keampunan dari Mu...

Wednesday, February 11, 2015

Hidup perlu diteruskan

Allah yang meletakkan perasaan di dalam hati ini

Walau berat rasa di dada dan terasa begitu rendah diri, sangat tiada keyakinan seperti dahulu

Terkadang tidak tahu akan diri ini kemana perlu di bawa

Aku hanya manusia biasa

Yang perlu juga lalui hidup ini bersama harapan terdahulu yang mahu dihampuskan namun masih wujud walau diri tidak rela untuk merasa itu

Yang merasa hanya aku dan Allah jua yang tahu

Ku yakin akan ada hikmah

Namun diri ini masih kurang imannya

Hanya mampu berdoa moga dikuatkan hati ini

Bantulah aku Ya Allah, hambamu yang begitu daif akan erti kehidupan ini

Aku tidak tahu, hanya mengharapkan bantuan dari Mu Ya Allah

Moga diri tidak lari dari apa yang perlu dicari

Demi menggapai kebahagiaan dari redha Mu Ya Allah

Walau tidak di dunia

Harapan untuk akhirat itu yang aku harapkan

Moga aku dapat memberi apa yang perlu untuk ibuku

Ibuku syurgaku dunia akhirat

Tuesday, February 10, 2015

Rasa lagi

Hanya mampu berdoa moga dikuatkan hati ini

Dalam mencari rezeki sesuap nasi

Monday, February 9, 2015

Syukur

Sering kali diri kita meminta-minta

Namun acap kali juga lupa bersyukur dengan kurniaan dari-Nya