Thursday, June 4, 2020
Rindu
Friday, May 29, 2020
It's now
Sunday, August 11, 2019
Keranamu meow
Kata-kata yang mendalam.
Moga Allah tuntun aku untuk terus cekal.
Semoga semuanya baik-baik penghabisannya...
Jarang berborak dengan kucing...
Wednesday, May 27, 2015
Terlupa password
Lama tidak mengarang kerana terlupa password. Hati ni banyak yang mahu dikata, hanya mampu dapat meluah pada cermin diri.
Sudah bulan lima. Masih begini. Terkadang hilang semangat juang. Tidak ku sangka rapuhnya diri ini. Itulah yang Allah mahu mengajar diri, supaya tidak meletak harapan pada yang bernyawa.
Harap kepada semua yang ku sayang baik-baik sahaja, bahagia selalu dan mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kalau rindu itu yang terlarang, hilangkanlah seperti angin yang meniup sepi.
Dunia ini terlalu laju untuk aku mengejar. Aku kenal diriku, biarlah aku begini, diratah usia kepada dunia. Masa depan di dunia mungkin kelam, harapku hanya akhirat sana. Ampuni dosaku Ya Allah...
Thursday, March 5, 2015
27
Assalamualaikum w.b.t.
Kini genaplah sudah usia yang rapuh ini. Satu pencapaian usia yang tidak sangka, sudah hampir mencecah 30-an. Pada suatu ketika dulu, pernah membayangkan sewaktu usia ini diriku tidaklah sebegini. Mungkin belum rezeki lagi. Macam-macam yang tiada lagi persiapan diri. Masih tercari-cari diri ini. Dimanakah kamu duhai diri. Kemana menghilang. Usah dirajuk yang terdahulu. Hidup perlu diteruskan.
Mmmmmmmm.....
Moga diri tidak lari dari apa yang perlu dicari.
Aku rindu kamu.
Sungguh.
Hanya Allah Maha Besar tahu segala hikmah.
Syukur alhamdulillah...
Wednesday, February 25, 2015
Selagi bernafas
Nak mengarang pun dah segan-segan sebab abam laici a.k.a rahmat membaca seterusnya mengomen post. Padahal blog ni bersarang lama hanya dikarang bagi melempiaskan suara hati, tidak menyangka menarik minat peminat-peminat di serata dunia.
So kali ni demimu Rahmat yang digelar Laici, akan ku ceritakan sedikit sebanyak ceriteramu yang aku tahu.
Rahmat, wing 1A, retro punya wing. Wing pendek, tapi penuh dengan manusia yang pelbagai karenah. Cendawan goreng menjadi trade mark. Kadang-kadang dulu lepak berborak suka-suka gelak-gelak. Ajak main futsal selalu ditolak. Sekarang beliau dah kahwin ke belum tidak tahu pula, Toker xde beri kabaran perihalmu duhai Laici. Doaku buatmu moga dikurniakan kesihatan dan ketenangan di dunia ini dan akhirat. Ada masa kita lepak.
Ok, dah bosan cerita pasal Laici sebab beliau memang membosankan, tukar pula cerita pasal hati ini. Diri ini kini masih lagi tiada rezeki pekerjaan yang tetap. Tetapi alhamdulillah walau tiada pekerjaan dan wang saku sendiri, rezeki Allah tetap ada untukku. Tidak terlalu terdesak, tidak pulak terlalu bermewah.
Dulu pernah sewaktu bekerja di Petaling Jaya sebagai pembantu akaun selama 3 bulan. Hari-hari yang dilalui penuh dengan pemaksaan diri ini. Seperti robot. Membuat sesuatu yang memaksa diri. Namun ku gagahi jua kerana waktu itu semangat berkobar-kobar untuk kumpul duit dan ingin berkahwin. Cukup cerita pasal itu setakat ini. Hati dah blur, pemikiran sudah melayang.
InsyaAllah ada ketika akan disambung kemudian.
Patah ranting ambil gam sambungkan,
Patah hati tidak nampak dimata.
Pantun dua kerat.
Sekian.
Thursday, February 12, 2015
Masa depan
Kita hanya mampu merancang dan berusaha
Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan takdir semua
Yang Maha Mengetahui baik dan buruk
Setiap yang terjadi itu tiadalah sia-sia
Melainkan Allah mahu diri ini mengenal akan kuasa-Nya
Aku tidak mampu untuk melawan takdir Allah
Hanya mengikut aliran dan aturan yang telah ditetapkan Allah
Aku kenal diri ini
Namun tidak sepenuhnya
Berharap hanya pada Allah moga sentiasa melindungi aku
Bimbang diri ini terasa betul tetapi salah disisi Allah
Bantu aku Ya Allah
Ambillah hatiku ini Ya Allah
Hati yang penuh dosa meratap keampunan dari Mu...
Wednesday, February 11, 2015
Hidup perlu diteruskan
Allah yang meletakkan perasaan di dalam hati ini
Walau berat rasa di dada dan terasa begitu rendah diri, sangat tiada keyakinan seperti dahulu
Terkadang tidak tahu akan diri ini kemana perlu di bawa
Aku hanya manusia biasa
Yang perlu juga lalui hidup ini bersama harapan terdahulu yang mahu dihampuskan namun masih wujud walau diri tidak rela untuk merasa itu
Yang merasa hanya aku dan Allah jua yang tahu
Ku yakin akan ada hikmah
Namun diri ini masih kurang imannya
Hanya mampu berdoa moga dikuatkan hati ini
Bantulah aku Ya Allah, hambamu yang begitu daif akan erti kehidupan ini
Aku tidak tahu, hanya mengharapkan bantuan dari Mu Ya Allah
Moga diri tidak lari dari apa yang perlu dicari
Demi menggapai kebahagiaan dari redha Mu Ya Allah
Walau tidak di dunia
Harapan untuk akhirat itu yang aku harapkan
Moga aku dapat memberi apa yang perlu untuk ibuku
Ibuku syurgaku dunia akhirat
Tuesday, February 10, 2015
Monday, February 9, 2015
Sunday, February 8, 2015
Saturday, February 7, 2015
Rasa
Orang tak pernah rasa apa yang kita rasa
Kita pun tak pernah tahu apa yang orang rasa
Yang pasti tiap diri diberi ujian
Yang perlu dilalui walau ombak mendatang
Andai saat diri terumbang ambing pun tiada teman
Apakah kesetiaan diukur ketika di puncak awan?
Sayangi diri sendiri
Kenali diri sendiri
Fahami diri sendiri
Tegur diri sendiri
Semuanya sendiri, mengharapkan Allah sentiasa disisi menemani diri ini
Kadang-kadang diri ini keliru, lantas dihukum
Tapi diri ini perlu meletakkan kesalahan atas diri sendiri juga
Kerana Allah yang meletakkan diri dalam keadaan begini
Semuanya atas izin Allah...
Biarlah orang kata aku tiada misi
Kerana hanya aku yang merasa apa yang aku lalui
Ego ku meninggi menongkat langit
Kerana punya pengalaman
Yang aku sudah lalui
Menjadikan aku keras sebegini
Moga Allah sentiasa disisi
Friday, February 6, 2015
Allah ada untukku :')
Kini terasa diri ini tidak menepati piawaian yang dikehendaki untuk dirinya...
Biarlah, jika orang tak suka tak apa
Allah masih ada...
Thursday, February 5, 2015
Tuesday, February 3, 2015
My soul
I'm keep wasting my time
Keep lost for my soul
I don't know what to do
I don't know how my future would be
I'm afraid of tomorrow
Be sad for me
For myself
I'm done
Monday, February 2, 2015
Perasaan
Hanya Allah tempatku mengadu
Tiadalah diri ini daya untuk melawan takdir ini
Tiadalah jua ingin hati ini berperasaan begini
Aku harus kuat untuk melalui kepahitan perasaan ini
Hanya tangisan sendiri
Wednesday, January 28, 2015
Hanya padaMu Ya Allah ku berserah
Tiada apa yang mampu ku coretkan disini melainkan hanya Allah tempatku mengadu segala. Ingin ku petik namun tidak si dia sudi. Ku sedar siapalah diri ini. Kau berhak memilih yang lebih baik dari diri ini. Kerana khilafku juga yang membuat kamu begitu. Biarlah aku begini. Terus meratap nasib sendiri.
Tuesday, January 27, 2015
Cinta
Cinta yang tidak dihargai?
Biarlah apa yang dikata
Kerana hati yang merasa
Tujukan salah padaku
Tidak bisa untuk aku berkata lagi
Biarlah takdir Allah itu yang terjadi